Wowww....Artis Beri Sokongan Terhadap Menteri Baru KKMM

KUALA LUMPUR 30 Julai - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak mendapat sokongan penuh daripada penggiat seni hiburan tempatan selepas beliau diharapkan dapat mendengar dan memberikan maklum balas mengenai masalah yang timbul dalam industri tanah air.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Jurey Latiff Rosli berkata, soal masalah yang berbangkit akan lebih difahami oleh Salleh ekoran beliau pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebelum ini.

"Sebelum ini Salleh pernah menjadi Pengerusi Finas, tetapi hanya dalam tempoh yang sangat singkat. Tidak sempat nak bantu industri walaupun beliau telah merancang macam-macam perkara bagi mengukuhkan industri seni.

"Jadi saya percaya beliau tahu apa yang perlu dibuat bagi menyelamatkan industri seni negara yang berada dalam keadaan tenat ketika ini. Saya mewakili penggiat seni lain berharap agar beliau dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kami," katanya memetik laporan portal mStar Online di sini, hari ini.

Menurutnya, KKMM diharapkan agar dapat berkerjasama dengan mantap dalam membangunkan industri tanah air.

"Dalam keadaan industri seni yang sangat tenat, kita semua perlu bersatu dan tidak mahu tertekan dengan isu-isu yang masih belum selesai.

"Pihak kementerian juga perlu lebih ikhlas dan mempunyai kesungguhan dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit. Apa-apa pun, saya yakin Mohd Salleh mampu menyelesaikan masalah-masalah industri dengan lebih berhemah dan saksama," ujarnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik selepas satu rombakan kabinet dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada selasa lalu.

Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek bertukar portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana