Syabas Orang Sabah....Salleh umum letak jawatan Speaker DUN Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Salleh Said Keruak sebentar tadi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkuat kuasa serta merta, sejajar pelantikannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Pelantikan sebagai menteri itu diumumkan dalam rombakan Kabinet Persekutuan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tengah hari tadi.

Ditemui di rumahnya, di Likas, dekat sini, Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, berkata pelantikannya adalah satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab terutama dalam membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

"Sebagai pemimpin politik, saya akan buat yang terbaik dalam mengukuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri menerusi kerja berpasukan. Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana dibawa menyertai Kabinetnya.

"Saya yakin Kabinet baru ini mampu menjadi satu pasukan yang kuat dalam memastikan agenda pembangunan dan pembaharuan negara dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dilantik menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berpindah sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mengulasnya tanggungjawabnya dalam kementerian yang diamanahkan, Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata beliau akan meneruskan dasar yang dilaksanakan menteri sebelum ini dan mengukuhkan lagi usaha menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana