PM umum rombakan Kabinet: Muhyiddin gugur TPM... Zahid ganti

Dalam langkah luar jangkaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat rombakan kabinet dengan mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana menteri dan melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai TPM yang baru.
"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," kata Najib.

Selain Muhyiddin turut dalam senarai digugurkan adalah Datuk Seri Shafie Afdal, Datuk Hassan Malek dan Datuk Seri G Palanivel.

Beberapa muka baru dilantik Menteri kabinet, antaranya adalah Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak – Menteri Komunikasi dan Multimedia menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini memagang Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Selain itu, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang sebelum ini Timbalan Menteri KDN kini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Bekas Menteri Belia dan Sukan di zaman pentadbiran Tun Abdullah, Datuk Seri Azalina Said kembali dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut dilantik Menteri JPM adalah Datuk Hamzah Zainuddin yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Luar.

Selain itu, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahathir Khalid dinamakan sebagai menteri Pelajaran.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama," katanya, mengulas keputusan untuk menggugurkan Muhyiddin.

Menurut Najib, rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

"Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran," katanya.

Sebelum mengumumkan rombakan tersebut, PM mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di pejabatnya.

Jelas Najib, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan pentadbiran di bawah beliau terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

"Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana