MH370: Lokasi Penemuan Serpihan Konsisten Dengan Analisis Data - JACC


PETALING JAYA: Pihak berkuasa Australia berkata lokasi penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion, timur lautan Hindi, konsisten dengan analisis data bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Sekiranya serpihan yang ditemui di Pulau Reunion itu disahkan milik MH370, ia akan konsisten dengan analisis data bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Serpihan tersebut akan diteliti pakar untuk mengenal pasti asal-usulnya. Malaysia bertanggungjawab dalam siasatan dan menguruskan pemeriksaan tersebut dengan bantuan Boeing," kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) dalam satu kenyataan pada Khamis.

JACC juga berkata sebarang bukti penemuan terbaharu akan digunakan untuk terus memperbaiki usaha pencarian pesawat tersebut.

Pulau Reunion adalah sebuah kepulauan di Perancis yang terletak di Lautan Hindi, kira-kira 175 kilometer (km) dari barat daya kepulauan Mauritius manakala 900km dari Madagascar, di luar pantai timur Afrika.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana