Makain Panasss!!!! Saja cari pasal...PKR Johor umum mahu bertanding di tiga kerusi PAS

Belum apa-apa lagi...sikap tamak sesetangah pemimpin dalam PKR memang meloyakan.
Dalam satu kenyataan media pada Isnin, PKR Johor memberitahu mereka bercadang untuk bertanding di lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) tambahan termasuk kerusi yang sebelum ini ditandingi PAS dalam PRU14 akan datang.

Pengerusi PKR Johor, Hasan Karim berkata, tiga daripada lapan DUN berkenaan membabitkan DUN Gambir, DUN Puteri Wangsa dan juga DUN Permas.

DUN Gambir sebelum ini ditandingi oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, iaitu Datuk Dr Mahfodz Mohamed manakala DUN Puteri Wangsa kini disandang oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin.

Menurut Hasan, PKR Johor turut memutuskan untuk kekal bertanding di 12 kerusi parlimen dan juga 12 kerusi DUN yang ditandingi parti berkenaan pada pilihan raya sebelum ini,

“Ini bermakna, PKR Johor akan kekal bertanding di 12 kerusi Parlimen dan bersedia untuk bertanding sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada 56 kerusi DUN.

“Keputusan tersebut merupakan resolusi yang dipersetujui selepas mengadakan Retreat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor yang berlangsung pada 25 hingga 26 Julai lalu yang dihadiri Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin.

“Kedua-dua mereka akan memajukan resolusi Retreat PKR Johor tersebut kepada pimpinan pusat parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hasan, pihaknya juga mengambil maklum bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud sama ada di peringkat nasional atau peringkat negeri,

Jelasnya, PKR Johor bersedia untuk mewujudkan kerjasama politik dengan mana-mana parti, pertubuhan bukan kerajaan dan individu-individu yang bersedia melawan UMNO dan Barisan Nasional, sejajar dengan pendirian PKR.

“PKR Johor turut akan menampilkan lebih ramai pimpinan muda terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bangsa yang lebih progresif, di mana mereka ini bersedia memimpin dan membawa perubahan pada PRU ke-14 khususnya di negeri Johor,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana