Geng PR buat Spekulasi.....Kebakaran Bukit Aman: Hanya Dokumen Tak Penting Terbakar - KPN

PETALING JAYA: Kebakaran di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah berjaya dipadamkan tanpa ada kemalangan jiwa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu berkata kebakaran itu menyebabkan kemusnahan dokumen-dokumen yang tidak penting.

"Saya sahkan kebakaran di Ting 10 Menara 2 @PDRMsia Bkt Aman. Api telah berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa. Punca sdg disiasat.

"Hanya dokumen tidak penting di koridor Ting 10 @PDRMsia yg terbakar. Bhg pej selamat. Ting 10 adalah pej tadbir JSJ. Hentikan khabar angin," katanya menerusi laman Twiiter @KBAB51, Rabu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira 5.20 petang.

"Tingkat sembilan adalah bahagian Jabatan Narkotik, manakala tingkat sepuluh adalah Jabatan Siasatan Jenayah," katanya.
Jurucakap bomba dan penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran itu dipadamkan sepenuhnya pada 7.47 malam Rabu.

Sebanyak 24 anggota bersama empat jentera dari balai bomba dan penyelamat Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa terbabit dalam operasi itu.

"Kebakaran itu melibatkan buku di tingkat 10 bangunan itu,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana