DAP dan PKR perlu nyatakan pendirian terhadap GHB

KUALA LUMPUR: DAP dan PKR perlu menyatakan segera pendirian mereka bersabit kerjasamanya dengan Gerakan Harapan Baru (GBH) memandangkan entiti itu mahu meneruskan agenda hudud yang dibawa PAS sebelum ini.

Pengerusi Biro Publisiti MCA Senator Datuk Chai Kim Sen berkata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang dikatakan bakal menyertai parti politik baru garapan GHB memberitahu DAP tidak akan mampu menolak agenda hudud mereka, jika majoriti rakyat Malaysia menyokong hukum tersebut.

"Ini adalah hujah sama yang digunakan oleh PAS dalam usaha mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan dan adalah seram sejuk apabila mendengar pemikiran yang hampir sama oleh GHB," kata Chai.

Beliau mendakwa, kenyataan Khalid membuktikan kegagalan DAP dalam mempertahankan sekularisme Malaysia daripada PAS.

Chai mempersoalkan sama ada GHB akan menyokong Rang undang-undang (RUU) persendirian enakmen hudud Kelantan apabila dibahaskan di Parlimen.

"Ini mesti dinyatakan dengan jelas oleh parti itu," katanya.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu sebelum ini memberitahu hudud tetap akan menjadi agenda perjuangan mereka memandangkan hukum itu dan Islam tidak dapat dipisahkan.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata GHB akan mengasaskan sebuah parti politik baru berasaskan Islam sedikit masa lagi.

GHB kini ligat menjayakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan rasional parti baru ditubuhkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana