Ahli PAS celik akan karektor bekas pemimpin PAS

Bukan umum tidak kenal Mat Sabu. Beliau ialah ahli politik. Keahliannya ialah ‘memujuk dan menghasut’ khalayak supaya terkesima pada pendirian politiknya. Beliau petah memperlekehkan lawan meskipun tidaklah sedalam mana kupasan agamanya.

Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain. Abdul Khalid Samad, misalnya, adalah seorang teknokrat yang pandai menggunakan media untuk mencari publisiti.

Beliau cekap mengatur gerak politik yang kontroversil demi mengundang debat. Melawat kilang arak, menziarah gereja dan pelbagai lagi langkah yang boleh mencetuskan kontroversi adalah kecekapannya.

Kawan-kawan Mat Sabu seperti Hanipa Maidin dan Husam Musa adalah insan yang amat teruja membuat kenyataan yang boleh mengundang polemik baik di kalangan dalam parti mahupun yang membabitkan pihak luar parti.

Kepakaran mereka ialah berpolitik. Yang tinggal dalam PAS sekarang ialah profesional dan ulama yang masih terus berhati-hati dan bertungkus lumus cuba menterjemahkan tuntutan al Quran dan hadis menjadi pedoman politik umat.

Biarlah Mat Sabu dan kawan-kawannya yang teruja membentuk jawatan-jawatan politik penting dalam parti mereka sendiri. Jika mengikut lumrah dan naluri politik, apabila tiada lagi musuh di depan mata, mereka akan bermusuhan sesama sendiri.


Mat Sabu dan kawan-kawannya akan jadi lemas dan lemah jika tidak mendapat publisiti. Sebab itu mereka tidak akan henti-henti cuba melakarkan polemik dan kontroversi. Biarkan mereka terjun ke alam realiti politik dengan labu ego masing-masing.

Rakyat jelata perlukan pimpinan dan tafsiran ikhlas daripada ulama untuk mengharungi bukan sahaja landskap politik hari ini tetapi meniti siratul mustaqim di yaumil masyar nanti.

Politik akan berhenti dengan lenyap GHB tetapi sentuhan iman daripada pemimpin yang boleh menterjemah dan membimbing penghayatan hukum ahkam Allah adalah lebih abadi.

Jika Mat Sabu dan kawan-kawannya menganggap hukum pidana Allah adalah sebahagian kecil daripada Islam, maka sudah pasti cacat iman mereka. Yang ditimang-timangi oleh Mat Sabu ialah mengaut keuntungan politik hari ini untuk berkuasa esok.

Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa selain Allah.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana