Ada pemimpin bakal 'hilang' isteri

Ini bermakna jika wakil-wakil rakyat PAS mahu bersekongkol dengan kumpulan kecewa kerana tewas dalam pemilihan muktamar lalu menubuhkan parti baru menyaingi PAS, mereka akan ‘kehilangan’ isteri masing-masing.

Yang paling terpukul akan baiah ini ialah bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang kerusi Tumpat. Yang menyedihkan ialah isteri beliau kini baru dinikahi setelah isteri pertamanya meninggal dunia.

Selain itu bekas Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli yang menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai juga akan perlu mengalami nasib bermufarakah dengan isterinya. Betapa hibanya keluarga kedua-dua pemimpin ini kelak.

“Atas nama kawan, saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan walaupun  kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak nasihat kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan.

“Kalau Allah boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab,  kita dalam PAS boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun tidak untung apa,” kata Dr Nik Zawawi.

Dengan nada memujuk, beliau merakamkan simpati dan rasa kasihan terhadap mereka yang bertindak di ‘luar batasan agama’ ini bahawasanya mereka tidak akan selamat di dunia dan akan dihina masyarakat.

“Kita mati jawab di hadapan Allah. (Ini) satu benda yang sangat besar,” katanya.

Yang nyata ialah, soal niat, pemikiran dan tindakan setiap muslim itu ada batas dan adabnya. Sesungguhnya hakikat inilah yang amat payah difahami oleh pelaku politik dari parti lain, terutama DAP.

Mujur perkara bai’ah ini dibangkitkan di peringkat awal usaha menubuhkan parti Islam baru di atas inisiatif Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dari mula nampaknya bertekad mahu meleburkan perjuangan PAS.

Namun dipandang dari sisi yang lain, isu baiah ini sebenarnya mampu menggilap semua semangat dan niat pemimpin seperti Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta sekaligus menyegarkan iktikad ketika memilih PAS sebagai wadah perjuangan sejak berdekad lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana