Ya Allah....Nanti ALLAH Akan Membalas Perbuatan Jahat Yang lakukannya.....Nur Zuliana disahkan alami cacat kekal

KOTA BHARU 28 Jun - Masa depan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan.
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu.
Beliau berkata, 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.
“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.

“Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan Nur Zuliana dipercayai didera oleh ibu tirinya sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan patah tulang belakang, rusuk, paha termasuk dipenuhi kesan parut.

Lebih memilukan mangsa juga didakwa dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak dia dipelihara oleh ibu tiri serta bapa kandungnya itu di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.

Tambah Ghazali, usaha merawat Nur Zuliana yang diketuai Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr. Mariana Daud agak sukar kerana mangsa mengalami trauma yang teruk dan tidak mempercayai orang sekelilingnya.

Katanya, kanak-kanak itu juga mengalami kekurangan zat yang kronik menyebabkan berat badannya susut hingga 15 kilogram iaitu menyamai berat budak berusia tiga tahun.

“Mangsa berada dalam kea­daan stabil dan mampu makan melalui mulut dalam proses untuk pemulihan tenaga badan selepas dipercayai tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana