Tolak Hukum Hudud.....Wan Azizah hipokrit, amal politik dua alam

Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai seorang yang hipokrit dan mengamalkan politik `dua alam’ apabila memfailkan tuntutan qazaf terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dengan dakwaan kononnya peguam kanan itu menuduh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara tersebut jelas membuktikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempermainkan hukum hudud demi kepentingan peribadi dan politik kerana beliau sendiri sebelum ini menolak Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang hendak dilaksanakan Pas di Kelantan.

“Saya berharap rakyat terutama umat Melayu-Islam dan khususnya ahli-ahli Pas dapat melihat sandiwara ini, sekali gus menolak politik batil yang dibawa oleh PKR.

“Malah, Pas wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dengan PKR sebagaimana mereka lakukan terhadap DAP demi untuk mempertahankan maruah Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan beliau merujuk kepada tuntutan qazaf yang difailkan Wan Azizah di bawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan hudud qazaf di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), hari ini.

Menurut Zulkifli, Seksyen 36 enakmen tersebut hanya berkaitan hukuman hudud qazaf terhadap ‘orang yang menuduh orang lain melakukan zina’, sedangkan Muhammad Shafee menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Oleh yang demikian berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah, ‘zina’ tidak termasuk liwat. Atas alasan ini sahaja saya mendesak JAIS supaya menolak laporan hudud qazaf terhadap Shafee,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana