Teraju Baru PAS Otak Sempit - Khalid Samad

KUALA LUMPUR 30 Jun – Kumpulan Anwarinas yang kalah teruk dalam pemilihan muktamar Pas baru-baru ini terus bertindak seperti ‘gunting dalam lipatan’ kepada parti itu apabila terbaharu menuduh sebahagian kepemimpinan baharu Pas berjiwa sempit.

Atas alasan itu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad tanpa berselindung berkata, Pas perlu digantikan dengan wadah perjuangan baharu kerana dakwanya, jiwa sempit akan menghalang kejayaan parti.

Tuduhan terbaharu Khalid itu merupakan sebahagian daripada siri kecaman terbuka oleh kumpulan Anwarinas terhadap kepemimpinan ulama yang kini menguasai Pas, tetapi hingga sekarang tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas mereka.

“Dewasa ini sikap berjiwa sempit kembali menguasai sebahagian daripada kepemimpinan Pas. Teori-teori ‘penyusupan’ kembali dipopularkan dengan perasaan benci serta sangsi terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga kembali ditanam.

“Dengan sikap berjiwa sempit, Pas tidak akan mungkin mencapai kedudukan sebagai pemimpin atau penyatu keseluruhan gerakan Islam di Malaysia seperti mana yang diharapkan,” kata Khalid menerusi blognya, http://www.khalidsamad.com.

Pada muktamar Pas baru-baru ini, hampir semua kumpulan Anwarinas dalam parti itu ditolak, sekali gus mendorong golongan terbabit membentuk Kumpulan 18 (G18) diketuai bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Selain merancang menubuhkan parti Islam baharu, bekas-bekas pemimpin Pas yang menganggotai G18 dan diketahui mempunyai hubungan rapat dengan DAP, berselang-seli secara berterusan memburuk dan menyerang kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana