SPRM tahan tiga anggota polis kes terima rasuah....Rasakan lah Nak Kaya Cepat


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman tiga anggota polis Klang Utara dan Klang Selatan hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada seorang kontraktor bergelar Datuk.

Ketiga-tiga mereka ditahan di pekarangan sebuah restoran di Jalan Limau Gedung, Klang.

Mereka dipercayai menerima rasuah RM12,000 sebagai dorongan melepaskan enam warga China yang ditahan.

Daripada tiga anggota polis itu seorang berpangkat sarjan dan dua lagi lans koperal.

Seorang daripada mereka adalah wanita. Mereka berusia antara 27 dan 57 tahun.

"Dua lelaki dan seorang perempuan anggota polis dan enam perempuan warga China kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," kata sumber kepada Sinar Harian Online.

Difahamkan, keenam-enam warga China itu sepatutnya dihantar ke Jabatan Imigresen Shah Alam tetapi diserahkan kepada pengadu yang mendakwa diminta menyerahkan RM12,000 bagi melepaskan mereka.

Dipercayai tindakan diambil adalah untuk memenuhi permintaan seorang lelaki Cina bergelar datuk.

"Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan mereka ditahan reman antara satu hingga dua hari," kata sumber yang turut memberitahu siasatan lanjut akan dijalankan oleh SPRM Selangor.

Enam wanita China itu ditahan dalam satu operasi di pusat hiburan di Klang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana