Skuad B-13 PPBN Sahut Cabaran Teong Kim, Juara Piala Iber Di Sepanyol...Tabik Lah

PETALING JAYA: Skuad muda Bawah 13 Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) muncul juara Piala Iber di Sepanyol selepas menewaskan pasukan Sporting Lisbon 2-1 pada Sabtu.

Barisan pemain muda yang mendapat sentuhan bekas jurulatih akademi remaja Bayern Munich, Lim Teong Kim ini beraksi penuh yakin biarpun berdepan dengan salah sebuah pasukan muda terbaik di Eropah.

Sebelum aksi bermula, Teong Kim turut memberi semangat luar biasa kepada pemain-pemain; "Jangan takut! Saya tidak peduli kita menang atau kalah, tetapi kita mesti tunjukkan aksi di atas padang. Beritahu mereka supaya datang dan lawan kita".

Dua gol Malaysia dijaringkan oleh Luqman Hakim Samsudin dan Mohd Hariz Mansor.

Pasukan Malaysia buat julung kalinya menyertai kejohanan Piala Iber B-13 yang turut membariskan akademi terkemuka Eropah dan serata dunia.

Piala Iber adalah kejohanan pelbagai peringkat umur yang dianjurkan pada setiap tahun di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Portugal.

Selepas ini skuad muda negara bakal terbang ke Portugal bagi menyertai satu lagi kejohanan Piala Iber Estoril bermula 30 jun hingga 5 Julai ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana