Singkirkan Tony Pua Dan Rafizi Dari PAC...Jahanamkan Negara Dan Racuni Fikiran Rakyat...Patut Dipecat

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kemelut yang berlaku dalam 1MDB jelas dicetuskan oleh pihak yang berkepentingan peribadi. Namun perkembangan terkini berkenaan penangkapan Xavier yang merupakan bekas eksekutif PetroSaudi sedikit sebanyak menjernihkan konflik dalam 1MDB.

Rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan kenyataan Mahathir yang jelas cuba memutarkan fakta lagi dengan memberi sokongan kepada Tony Pua yang terkenal dengan fitnah terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kini Mahathir dilihat sebagai ikon kepada Tony Pua dan Rafizi pula.

Apakah Tun Mahathir sudah sesat atau pengikut-pengikut beliau yang telah sesat? Belum pernah dalam sejarah politik tanahair apabila seorang yang dianggap sebagai ikon parti UMNO giat pertahankan seorang ahli politik Cina dari parti DAP iaitu Tony Pua yang selalu memperlekehkan Melayu dan Islam. Apakah ahli2 UMNO yang waras masih mahu anggap Tun M sebagai ikon UMNO atau pembelot UMNO?

Memetik kenyataan The Malaysian Insider, Muhammad Shafee Abdullah telah berkata,” Tony Pua sebagai ahli PAC telah mengeluarkan banyak kenyataan”.

“Oleh itu, saya mencadangkan Tony Pua menarik diri daripada PAC demi mengembalikan keyakinan rakyat agar siasatan dapat dilakukan dengan adil dan telus”

“ Ahli PAC termasuk Tony Pua sepatutnya seperti hakim dalam kes ini, dan tidak sepatutnya membuat tuduhan dan kenyataan. Oleh itu lebih baik mereka menjadi saksi sekiranya mereka mahu membuat kenyataan seperti tersebut”

Aneh apabila Mahathir telah mempertahankan bahawa Tony Pua sebagai ahli PAC berhak untuk mengkritik 1MDB. Beliau juga turut mengecam mereka yang mengkritik Tony Pua berat sebelah kononnya perlu sedar bahawa jika berdasarkan kepada parti, panel PAC mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen UMNO pula.

Menurut Mahathir, bukan hanya Tony Pua yang berat sebelah, malahan keseluruhan ahli PAC adalah berat sebelah dan tidak mampu memberikan jawapan.

Ini merupakan kenyataan yang cukup tidak beretika dari Mahathir. Beliau sewenang-wenangnya cuba memutar-belitkan fakta. Hakikatnya , ahli PAC yang lain tidak mengeluarkan kenyataan mengkritik dan memfitnah 1MDB secara membabi-buta seperti Tony Pua dan Rafizi.

Mereka masih tahu menjaga adab dan etika sebagai ahli PAC yang sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB.

Sikap Mahathir yang berterusan kurang ajar dan sinis makin membuatkan rakyat meluat. Dengan angkuhnya Mahathir mencadangkan agar tutup sahaja PAC sekiranya keseluruhan ahli PAC tidak ditukar.

Sejak kebelakangan ini Mahathir dilihat terlampau kerap mengajukan soalan-soalan “bodoh” yang telah dijawab berulangkali oleh mereka yang terlibat. Sebenarnya kita amat maklum bahawa Mahathir tidak pernah berminat terhadap sebarang penjelasan samada daripada pihak kerajaan, juruaudit ataupun PAC sekalipun.

Mahathir hanya sekadar mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib dan mengangkat anak beliau Mukhriz yang langsung tidak berwibawa sebagai Perdana Menteri.

Berbalik kita kepada Tony Pua dan Rafizi yang kerap mengkritik 1MDB, sekiranya seorang hakim telah membuat kenyataan di luar mahkamah berkenaan kes sivil maka “presiding” kes tersebut tamat dan pihak yang mendakwa dan didakwa boleh memohon untuk mendapatkan hakim yang lain. Begitu juga dalam kes-kes jenayah.

Ianya berdasarkan kepada konsep “Not only must justice be done; it must also be seen to be done,” Lord Chief Justice Hewart said in 1923.

Seorang hakim perlu adil. Hakim yang mengeluarkan kenyataan samada memihak atau menentang kes sebelum perbicaraan tamat dan sebelum segala bukti diperolehi akan dianggap berat sebelah dan tidak lagi layak untuk meneruskan kes tersebut.

Konsep dan standard yang sama digunakan dalam mana-mana “inquiry” seperti PAC yang sedang menyiasat isu 1MDB.

Tony Pua dengan jelas membuat banyak kenyataan yang cenderung kepada adanya salahlaku dalam 1MDB secara terbuka maupun tertutup. Tambahan pula Tony Pua tidak bertindak secara profesional dan gagal mengasingkan tanggungjawab beliau sebagai ahli PAC dan ahli DAP apabila beliau hanya fokus kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional semata-mata.

Tony Pua juga gagal membuktikan beliau berkecuali dan adil dalam isu 1MDB setelah mengumumkan bahawa 1MDB bersalah atas semua tuduhan. Beliau dilihat hanya berminat untuk membuktikan bahawa segala tuduhan beliau adalah betul. Pua seolah-olah langsung tidak mempedulikan dalam soal mencari kebenaran dan bukti.

Oleh itu Tony Pua digesa agar menarik diri daripada PAC. Beliau telah mencemarkan mahkamah dan boleh dipenjarakan. Begitu juga dengan Rafizi yang telah beberapa kali membuat tuduhan terhadap 1MDB.

Dengan adanya Tony Pua dan Rafizi dalam PAC, ianya telah menjejaskan dan mencemarkan apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh mereka. Dengan kata lain 1MDB tidak diberi peluang yang adil untuk mempertahankan diri memandangkan keputusan telah dibuat sebelum perbicaraan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana