Shahrir Tolak Dakwaan Palanivel Akan Sertai DAP

JOHOR BAHARU: Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyangkal dakwaan bahawa baru-baru ini  bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dikatakan mahu menyertai parti DAP.

"Saya tidak percaya dengan cerita kalau kecewa, nak masuk DAP lah, masuk PKR lah, PAS dan sebagainya, semua itu tidak betul. Itu semua saya ingat warna-warni dalam pergolakan politik," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Kacau Dodol Perdana, di sini petang Jumaat.

Shahrir, yang juga anggota Parlimen Johor Baharu berkata perkara itu hanya spekulasi yang tidak patut diada-adakan dan pihak yang ingin menyelesaikan masalah tersebut harus bertenang.

"Kita nak selesaikan kebuntuan masalah MIC kena ada ketenangan, kebijaksanaan serta kewarasan," kata beliau.

Shahrir berkata sekiranya masalah itu diselesaikan dengan gelojoh, maka akan merumitkan keadaan, tambahan lagi sekiranya ada pihak yang mengapi-apikan, ia akan membawa kepada masalah yang lebih serius.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya Palanivel dikatakan ingin menyertai DAP setelah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu hilang keanggotaannya dalam MIC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana