Parti baru hanya bersifat 'sementara' - Nasrudin

KEPALA BATAS: Hasrat kumpulan pemimpin progresif PAS, yang dikenali sebagai G-18, untuk menubuhkan parti baru, disifatkan sebagai 'sementara' dan tidak akan berkembang, kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

Ahli Parlimen Temerloh itu juga berkata, fenomena tersebut akan beransur-ansur hilang tidak lama lagi.

"Saya rasa (G18 dan PasMa) tak ke mana. Perancangan mereka itu tidak akan berkembang," kata Nasrudin kepada pemberita selepas ceramah yang diadakan oleh kepimpinan PAS yang baru di Pongsu seribu, Kepala Batas, semalam.

G-18, yang dianggotai oleh pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti, awal Jun lalu, dilaporkan telah mengadakan beberapa siri jelajah untuk mengumpul sokongan bagi menubuhkan parti baru.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau Mat Sabu bagaimanapun berkata, sebarang perkembangan sama ada benar-benar sah kumpulan itu mahu menubuhkan parti baru, hanya akan diumumkan selepas Aidilfitri kelak. 

Mengulas lanjut, Nasrudin dalam pada itu berkata, cadangan penubuhan parti baru itu 'sedikit sebanyak mengelirukan rakyat' dan 'mengganggu' situasi politik dalam negara.

"Saya nasihatkan meraka supaya tidak mengganggu hasrat PAS menjadi parti alternatif kepada Umno dan BN," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana