Panassss!!!!! Selepas Mahu Kembali Jadi MB, Khalid Gesa Azmin Berundur

PETALING JAYA: Selepas menawarkan diri untuk kembali menguasai pentadbiran kerajaan negeri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi gesaan supaya Mohamed Azmin Ali berundur sebagai menteri besar Selangor.

Menurut Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, rakyat di Lembah Klang khususnya Selangor kecewa dengan sikap kerajaan negeri pimpinan Azmin kerana didakwa tidak berkewibawaan untuk menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

"Sekiranya beliau sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam Dewan Negeri Selangor sebelum ini.

"Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Baru-baru ini Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk kembali mengetuai pentadbiran Selangor jika mendapat kepercayaan walaupun dengan majoriti mudah.

Mengulas lanjut Khalid melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) membatalkan perjanjian dengan entiti milik negeri Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

"Tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti memandangkan 'imuniti' yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan kegagalan berlarutan kerajaan negeri memuktamadkan Perjanjian Utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor.

"Walaupun Sultan Selangor sendiri telah berulang kali mengingatkan jemaah pentadbiran negeri untuk memastikan penyusunan semula industri air dimuktamadkan secepat mungkin tanpa bercanggah dengan semangat dan terma Perjanjian Utama, namun titah Tuanku Sultan seolah-olah tidak diendahkan sama sekali," katanya.

Sebelum ini Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd berkata pihak mereka akan memulakan semula tindakan undang-undang yang tertangguh sementara menunggu penyelesaian penstrukturan semula industri air Selangor.

Langkah itu bertujuan untuk mendapatkan balik hutang tertunggak oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mencecah RM4.97 bilion pada 31 Mac, 2015.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana