Najib Sedia Terima Kritikan...kritikan tu Biarlah Membina

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menegaskan bahawa beliau tidak pernah segan untuk menerima kritikan jauh sekali menolak sebarang kritikan.

Namun, katanya apa yang penting setiap kritikan yang dilemparkan mestilah sesuatu yang membina dan mampu memberi kebaikan.

"Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil manakan kerajaan dapat membina banyak universiti ... bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama  penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan institut pendidikan guru di sini, Isnin.

Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana itu dihadiri kira-kira 1,700 orang.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyertai hadirin menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

Perdana Menteri berkata setiap sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya ia telah difikirkan semasak-masaknya termasuk manfaat dan faedah yang bakal dinikmati rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana