Mengapa Hadi tak ambil tindakan terhadap ahli langgar disiplin parti...?

Jika direnung kembali... sehingga kini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya berani bercakap dan tidak mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang mencalarkan imej parti Islam itu termasuk mengugut hendak tubuh parti baru.
Menurut Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib peringatan tegas Haji Hadi mengenai betapa perlunya anggota dan pemimpin PAS istiqamah dengan perjuangan sebenar parti, perlu disusuli dengan tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar etika, demikian menurut seorang penganalisis politik.

Bernama melaporkan Md Shukri Shuib berkata setiap individu dalam PAS termasuk para pemimpin, tidak wajar sewenang-wenang bergerak bebas dengan pertubuhan yang tidak lagi mesra dengan parti itu.

"Sekiranya tindakan tegas termasuk pemecatan tidak dilakukan, ia memberi gambaran bahawa Presiden serta kepimpinan PAS sedia ada hanya berani bercakap tetapi tidak berani mengambil tindakan atas kepincangan yang berlaku. Apakah PAS tidak mempunyai lembaga disiplin parti yang boleh mengambil tindakan tegas dalam hal ini?

"Terdapat beberapa pemimpin PAS yang sering mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka bukan lagi ahli PAS terutama apabila secara terang-terangan menyebut tentang penubuhan parti Islam baharu bagi mengantikan PAS dalam Pakatan Rakyat. Adakah kenyataan mengenai penubuhan parti baharu sebagai pesaing kepada PAS tidak dianggap menderhakai perjuangan PAS?," katanya.

Pada 23 Jun, Abdul Hadi melalui satu surat terbuka kepada seluruh anggota PAS, yang dipapar di laman sosial Facebook miliknya, mengingatkan setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, selain wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah PAS.

Berpendapat bahawa PAS tidak sepatutnya kelihatan berani hanya ketika berdepan dengan parti lawan, Md Shukri berkata PAS sebaliknya perlu bertanggungjawab mendidik dan mendisiplinkan anggota serta pemimpin parti mereka terlebih dahulu.

"Inilah kononnya kesan daripada gelombang kebangkitan 'PAS for All' yang menerima ramai keahlian baharu PAS tanpa soal. Akhirnya, ia seolah-olah menjadikan PAS sebagai parti yang boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh, selain dipengaruhi ideologi dari luar yang berjaya masuk ke dalam parti sekian lama tanpa disedari.

"Justeru, kepimpinan baharu PAS harus segera mengadakan audit disiplin ahli dan pemimpin parti itu bagi memperkukuh dan menghindari istilah 'PAS import' yang boleh merosak parti. Ini kerana mereka menjadi ahli PAS dan pemimpin, tetapi berideologi individu lain sebagai ikutan dan disebabkan itulah wujud golongan yang dikatakan pro-Anwar dan pro-DAP mutakhir ini," katanya.

Beliau berkata PAS kini perlu mengutamakan soal membentuk semula keanggotaan dan kepimpinan parti mengikut acuan PAS pimpinan ulama, serta tidak terus membiarkan beberapa anggota dan pemimpinnya bebas mengeluarkan kenyataan bercanggah, sekali gus menambah pergolakan dalaman parti itu.

"Ahli dan pemimpin import ini tidak memahami perjuangan dan sejarah serta motif PAS dalam berpolitik. Mereka boleh menggadaikan PAS sebagai 'pajakan politik' kepada parti lain dan itulah yang terjadi semasa kempen dalam pemilihan pada awal Jun yang sepatutnya menjadi iktibar kepada PAS," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana