Liberal Sangat Kah Tu...Sister In Islam Tetap Degil, "Rambut Bukan Aurat Wanita"

 Sisters In Islam ataupun turut dikenali dengan SIS, sekali lagi mencetuskan sensasi dalam ‘fatwa’ Islam yang didedahkannya.

Melalui ruangan Facebook beberapa hari lalu, SIS memuat naik satu status yang berpaksikan kepada ‘fakta’ bahawa rambut bukanlah aurat bagi seorang wanita dan cuba mengubah persepsi dengan soalan tentang kemungkinan ia satu budaya.

Bagi mengukuhkan kenyataannya, NGO tersebut turut memuat naik dua keping gambar yang memaparkan bahan rujukan mereka iaitu sebuah kitab hasil tulisan Syeikh Muhammad Thahir Ibn Asyur.

Namun demikian, ideologi songsang yang dibawa kumpulan feminisme tersebut dibidas sebuah NGO Islam terkenal menerusi kenyataan daripada Pegawai Penyelidik Majlis Ulama ISMA  (MUIS), Ustaz Muhammad Firdaus Zailani.

Ujarnya, bahagian kepala termasuk rambut sememangnya diwajibkan untuk ditutup kerana ia merupakan sebahagian daripada aurat serta sudah jelas sejak sekian lama, malah banyak dalil ayat Al-Quran serta hadis yang menyentuh mengenainya.

"Bukalah mana-mana kitab ulama silam jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup aurat adalah wajib.

"Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka, tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka sepakat akan pengharamannya.

"Yang jelas, sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pengsyariatan iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma," kata Firdaus yang dipetik dari laman ismaweb.

Selain itu, Firdaus turut mengkritik tindakan penyelidik SIS, Afiq M Noor yang menggunakan hujah Syeikh Albani dan Syeikh Thariq Iwadullah untuk membuktikan fakta mereka serta menyifatkan ia sebagai tidak jujur dalam percubaan untuk menolak hukum aurat berkenaan.

Bahkan, ia turut dilihat sebagai satu tindakan untuk menjatuhkan kredibiliti para ulama kerana kedua-dua ulama berkenaan membincangkan mengenai perkara yang menjadi pertikaian sesetengah ulama iaitu tentang aurat muka dan tapak tangan, bukanlah aurat rambut kerana ia sememangnya sudah terang lagi bersuluh.

“Kalaulah benar mereka pendukung Al-Quran tak mungkin mereka akan pertikaikan hak perwarisan isteri, anak perempuan dan lain-lain kerana Al-Quran menyebut dalar masalah ini satu persatu” kata Ustaz Muhammmad Firdaus.

Lantas, beliau berkata, seseorang yang ingin memahami Islam yang sebenar haruslah merujuk kepada individu yang memperjuangkan Islam, bukanlah pihak yang hanya ingin memuaskan kehendak nafsu sendiri.

“Tindakan ini tidak ubah seperti tindakan Bani Israel yang beriman sebahagian daripada kitab Taurat apabila ia selari dengan kehendak mereka serta merahsiakan sebahagian lain akibat tidak selari dengan kehendak hawa nafsu. Waspadalah dengan mereka,” bidasnya tegas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana