Khalid sedia jadi MB lagi... tapi siapa sokong ?

Duduk tak duduk, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu media bahawa beliau sedia kembali menjadi Menteri Besar Selangor lagi jika dapat sokongan majoriti mudah.
Ding Dong... persoalan sekarang siapa sokong Khalid kembali jadi MB...?

Apakah PKR dan DAP? atau PAS dan BN?

Jika PKR dengan 13 kerusi (termasuk MB Azmin Ali) dan DAP (15 kerusi) pun Khalid belum cukup untuk jadi MB semula.

Manakala PAS sudah menyatakan sokongan terhadap Azmin sebagai MB Selangor.

Menurut Khalid sedia kembali menjadi MB bagi memastikan Selangor ditadbir secara telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah.

Namun, ADUN Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, beliau hanya boleh kembali menerajui Selangor jika mendapat majoriti mudah dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Saya sedia kembali menjadi Menteri Besar jika mendapat sokongan bagi memastikan Selangor ditadbir dengan telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah,” katanya seperti dilaporkan Malaymail Online.

Desas-desus sudah mula tersebar Abdul Khalid akan kembali menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Azmin Ali.

Dakwaan itu timbul apabila kemelut politik yang melanda DAP dan PAS yang turut sama mengheret PKR yang menjejaskan pentadbiran negeri.

Azmin dikatakan tidak lagi mendapat sokongan DAP malah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (PKR) juga tidak menaruh kepercayaan terhadap pemimpinan Azmin sebagai Menteri Besar.

Ketidaktentuan politik di Selangor mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan kerajaan negeri memastikan kestabilan supaya pembangunan dapat diteruskan untuk rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, kelibat Abdul Khalid kerap kelihatan dalam program-program rasmi yang dihadiri Sultan Selangor sekaligus menguatkan lagi desas desus itu.

Abdul Khalid diturunkan dari jawatan Menteri Besar selepas dituduh dengan pelbagai tuduhan antaranya penyelesaian hutang dengan Bank Islam yang meragukan, memberi kelulusan kepada pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan menandatangani penjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan.

Namun, dakwaan-dakwaan itu khususnya berkaitan penyelesaian hutang Bank Islam gagal dibuktikan sehingga kini malah Azmin sendiri meneruskan perjanjian air yang telah dimulakan oleh Abdul Khalid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana