Khalid gagal selesai masalah air sepanjang jadi MB, saya baru 9 bulan - Azmin

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Azmin Ali membidas bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengesa beliau supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.

"Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi menteri besar) sembilan bulan," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya hari ini.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR Selangor.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid mendakwa sejak mengetuai pentadbiran kerajaan negeri itu sehingga kini, Azmin sengaja melambatkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal menggariskan pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu itu.

ADUN Pelabuhan Klang itu juga mengingatkan bahawa Lembah Klang bakal berdepan dengan krisis air yang serius jika penstrukturan semula air di negeri itu tidak dilaksanakan.

Sementara itu memetik laporan Malaysiakini, Azmin berkata pertemuan dengan Majlis Pimpinan PKR Selangor adalah pertemuan bulanan bagi meneliti dan berbincang mengenai perkembangan baru termasuk berkaitan beberapa dasar kerajaan negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak mengarahkan semua pemimpin PKR memberi tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanakan oleh rakyat di negeri itu.

"Saya telah meminta semua pimpinan Keadilan memberi tumpuan dan fokus untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat Selangor dan memastikan aspirasi rakyat ini dapat dipertahankan dan dilaksanakan tanggungjawab masing-masing di semua peringkat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana