AWAS JIKA ADA YANG BERCERITA TENTANG MIMPI BERTEMU NABI MUHAMMAD

Individu yang mendakwa bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW adalah sebenarnya tertipu dengan mainan mimpi mereka sendiri.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi catatan terbaharu di laman Facebooknya berkata, kebanyakkan mereka yang mendakwa menemui Rasulullah melalui mimpi mempunyai tujuan tertentu.

Malah ujarnya yang lebih dikenali sebagai Dr Maza, golongan ini sebenarnya lebih kepada bersifat riak atau mahu menunjuk-nunjuk.

“Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit dari suntikan syaitan dan mereka telah jatuh ke dalam perangkap syaitan,” katanya dalam entri tersebut, semalam.

Tambahnya, tujuan golongan ini mendakwa sedemikian kebiasaannya untuk menambah pengaruh diri, mengumpul harta orang lain untuk diri sendiri, menyokong puak ataupun aliran tertentu dan juga untuk tujuan politik kepartian.

“Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan dakwaan sebegini untuk menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang mereka dokongi,” jelasnya.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mokhtar Senik mendakwa kononnya beliau berpuluh kali bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda Umar Al-Khattab ketika ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahan Kamunting.

Perkongsian Mokhtar di laman Facebooknya itu menjadi ‘viral’ dan mengundang cemuhan pelbagai pihak.

Mokhtar antara lain menyatakan antara hiburan Allah kepada mereka yang berada dalam tahanan adalah mimpi-mimpi yang indah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana