Anggota Bomba Cedera Disembur Bisa Ular Tedung

BETONG: Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong di sini yang terkena semburan bisa ular malam semalam telah dibenarkan keluar dari hospital pagi Jumaat.

Jurucakap di balai Bomba dan Penyelamat Betong ketika dihubungi hari ini berkata mangsa Prangka Gudan, 32, kini sedang berehat di rumahnya tetapi akan menerima rawatan susulan dari doktor pakar mata di Hospital Betong, Sarawak.

Katanya, mangsa cedera di mata kanan akibat terkena bisa yang disembur ular tedung yang hendak ditangkapnya di Taman Teo Zee Hin di sini, malam Khamis.

Mangsa pergi ke taman perumahan itu bersama rakan sepasukan lain sebaik menerima panggilan kecemasan yang memerlukan khidmat khas menangkap ular.

Malangnya beliau terkena semburan bisa ular ketika menghampiri ular yang cuba ditangkapnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana