Alahaiiii Jangan lah terhegeh hegeh....PAS Anggap Pakatan Rakyat Masih Lagi Hidup - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: PAS percaya Pakatan Rakyat masih lagi 'hidup' walaupun DAP mengumumkan pakatan pembangkang sudah 'mati dan berkubur'.

"Pada saya, masih ada harapan dalam Pakatan Rakyat. Tiada apa yang sempurna," kata Timbalan Presiden PAS yang baharu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata setiap parti perlu menghormati perjuangan dan dasar antara satu sama lain.

Bercakap dalam satu temu bual baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata PAS sedang mengadakan rundingan dengan PKR di peringkat negeri.

Namun, rundingan juga akan diadakan dengan DAP sebaik sahaja Majlis Syura membuat keputusan mengenai usul supaya PAS memutuskan hubungan dengan DAP yang dikemukakan Dewan Ulama pada persidangan muktamar parti itu, awal bulan ini.

"Buat masa sekarang, segalanya berjalan seperti biasa, ia adalah kejutan biasa (di peringkat kebangsaan)," katanya.

Beliau menegaskan pentadbiran DAP di Pulau Pinang masih mengiktiraf wakil tunggal PAS di negeri itu.

Tuan Ibrahim juga berkata PAS bertanggunjawab dalam mendapatkan undi Melayu di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

"Rakan sekutu kami tidak perlu bimbang kerana ini adalah kekuatan kami. Mereka perlu gembira mengenainya.

"Sekiranya DAP hanya mendapatkan sokongan bukan Melayu dan PAS tidak mendapat sokongan Melayu, maka pakatan tersebut gagal," katanya.

Beliau berkata PAS sudah mula berjaya menarik pengundi muda seperti yang diterjemahkan dalam keputusan ketika menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

"Di Rompin, kami ingat akan berdepan kekalahan besar disebalik masalah dalaman Pakatan Rakyat, tetapi keputusan menunjukkan PAS mendapat undi dari hampir kebanyakan peneroka Felda.

"Apa maknanya itu? Itu bermakna PAS sudah kukuh dan Pakatan tidak perlu bimbang.

"Walaupun, jika kami berdiri sendiri, kami akan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) dengan kekuatan yang kita ada," katanya.

Tuan Ibrahim turut menyatakan kebimbangan mengenai tindakan bekas aktivis PAS, Sheikh Omar Ali yang menyertai DAP secara sah baru-baru ini.

Ditanya adakah ia satu tamparan hebat kepada PAS, beliau berkata, adalah menjadi hak mana-mana individu untuk menyertai mana-mana parti.

"Bagi saya, kami menyertai PAS kerana mempunyai objektif yang jelas iaitu kerana Islam.

"Apabila seseorang meninggalkan parti, PAS masih ada 1.08 juta ahli," kata Tuan Ibahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana