ADUN DAP DIKRITIK OLEH SURATKHABAR CINA KERANA TUDUNG

Adun DAP Subang, Hannah Yeoh meluahkan rasa kesalnya apabila dikritik oleh kaumnya sendiri mengenai pemakaian tudung semasa bulan puasa.

Umum mengetahui, Hannah sering meraih populariti dengan memakai tudung ketika bulan Ramadhan bagi mendekati masyarakat di Subang. Ramai umat Islam melihat tindakan Adun DAP tersebut sebagai sekadar bermain politik, tetapi ada juga yang mendoakan beliau mendapat hidayah Tuhan.

Hannah yang beragama Kristian mengakui beliau selesa memakai tudung ketika masuk ke masjid walaupun ramai orang melayu mengutuk dirinya. Tetapi kini selepas beberapa tahun "bertudung", Hannah kesal apabila orang cina sendiri mengutuk beliau.

Didalam laman sosial Facebook, Adun DAP berkenaan menyifatkan pemakaian tudung ketika berbuka puasa di masjid bersama umat Islam di Subang merupakan kehendak sendiri tanpa dpaksa.

Adun itu juga menyifatkan orang cina yang mengutuk beliau adalah merupakan individu yang ekstremis terhadap agama dan kaum lain.

"Biar saya katakan sekali lagi.., orang yang ekstremis wujud didalam semua agama dan kaum. Rakyat Malaysia yang mahu negara ini berubah haruslah menolak pandangan yang ekstrem sebegitu.

"Saya menyertai politik adalah untuk menentang pihak-pihak yang mempunyai pemikiran sedemikian (ekstremis), dan saya minta maaf diatas pendirian saya.."

Sebelum ini, seorang editor dari Sin Chew telah mengkritik Adun DAP terbabit yang dikatakan beria-ia menggayakan fesyen tudung didalam masjid semasa bulan puasa bersama umat Islam, sedangkan Hannah merupakan penganut agama Kristian yang dikatakan taksub.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana