TUN MAHATHIR TERLUPA ATAU TERSENGAJA TERBUAT FITNAH PULA : MALAYSIA 1O NEGARA RASUAH BERLELUASA

Hari ini Negarawan Negara menulis lagi di blognya. Tajuk "Siapa Bertanggungjawab" boleh dibaca di sini.Admin tertarik dengan dakwaan Tun Dr Mahathir seperti berikut:

Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilihkasih dalam siasatan jenayah. Hari ini Malaysia sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.

Betulkah dakwaan Tun Dr Mahathir ini? Dari mana beliau mendapatkan fakta bahawa Malaysia antara sepuluh negara rasuah paling berleluasa? Amat sedih apabila Chedet meletakkan kenyataan tanpa merujuk kepada fakta yang sahih. Sebagai seorang tokoh negarawan, beliau tidak seharusnya menulis seperti Red Bean Army (RBA).

Bayangkan seorang negarawan menyatakan secara bertulis untuk memberitahu dunia bahawa negara sendiri adalah "negara sepuluh teratas paling korup di dunia"? Petikan kenyataan ini akan sampai ke media antarabangsa di mana ia akan diulang-ulang hingga menyebabkan kerosakan kepada reputasi Malaysia. Mengapa Tun Dr Mahathir mahu menyakiti UMNO, BN dan Malaysia?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana