Reaksi keras Mufti Perak terhadap pendedahan MLM cium duit

Acara mencium duit anjuran sebuah syarikat bertaraf MLM yang menimbulkan kontroversi kalangan umat lslam di  negara ini baru-baru ini memasuki fasa baru apabila Mufti Perak tampil dengan kenyataan keras.
Selain melarang umat lslam meneruskan perbuatan berkenaan, Tan Sri Dr. Harrusani Zakaria yang mengulas isu ini berkata beliau  memandang berat perlakuan begini.

Beliau  mengingatkan mereka bahawa ”ia (perbuatan itu)  khurafat dan mengelirukan semata-mata”

Beliau menasihatkan mereka yang mahu  memperoleh duit banyak atau berjaya  boleh dengan, contohnya, melabor dalam saham-saham yang mematuhi peraturan syarak.

Mufti diminta mengulas gambar-gambar dalam laman FB memaparkan kegiatan beberapa orang  sedang mencium duit anjuran sebuah  syarikat MLM.

Acara mencium duit itu didakwa mereka boleh merubah hidup ahli-ahlinya menjadi jutawan.

Mufti berkata amalan berkenaan sebenarnya merupakan “ perangkap dan taktik syarikat MLM itu untuk memujuk ahli-ahli baharu untuk menyertai mereka.

"Mengarut semua ini, jika percaya ia boleh membawa syirik dan menyesatkan kepercayaan umat Islam.

"Mana boleh kaya dengan cium duit, tidak ada duit yang akan turun dari mana-mana atau elemen semangat duit yang dikatakan MLM berkenaan," katanya.

Dalam konteks sama, Harussani menasihatkan masyarakat lslam agar tidak terpengaruh dengan taktik MLM ini. Ia sebagai umpan menarik ahli baru.

"Kalau hendak duit yang banyak, belilah saham yang betul jalannya, jaminan keuntungannya dan tidak tertipu pada masa hadapan.

"Jangan buat karut dengan percaya amalan sebegini. Cium duit kononnya nanti duit datang seperti yang diajar MLM sebegini tidak boleh dipercayai sama sekali," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana