Pendaratan Pertama British Airways di KLIA Selepas 14 Tahun

SEPANG 29 Mei - British Airways, syarikat penerbangan negara United Kingdom, mengadakan semula penerbangan dari London ke Kuala Lumpur selepas 14 tahun tidak menyediakan perkhidmatan itu.

Penerbangan semula pertama British Airways tiba semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penerbangan harian tanpa henti itu dikendalikan pesawat Boeing 777-200ER.

Bercakap pada majlis ketibaan penerbangan sulung itu di KLIA, Pengurus Besar British Airways bagi Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik Jamie Cassidy berkata mengadakan kembali penerbangan itu adalah tepat pada masanya.

"Malaysia kini antara ekonomi yang paling pesat di Asia, dan negara kesembilan paling tinggi dilawati di dunia. Sudah tiba masanya, kami amat gembira untuk kembali ke Kuala Lumpur dan berminat membantu Malaysia meneruskan kejayaannya," katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Badlisham Ghazali.

British Airways menawarkan pilihan empat kabin kepada pelanggan termasuk Kelas Pertama baharu syarikat penerbangan itu, Kelas Perniagan yang memenangi anugerah Club World, ekonomi premium World Traveller Plus dan kelas ekonomi World Traveller.

Dalam mengalu-alukan syarikat penerbangan itu, Badlisham berkata hubungan sejarah antara kedua-dua negara akan diperkukuhkan dengan mengadakan semula perkhidmatan itu.

"Sebagai destinasi terbaharu dalam rangkaian global British Airways, saya yakin pengunjung dari United Kingdom dan seluruh Eropah akan menghargai banyak peluang untuk perniagaan dan pelancongan yang ditawarkan oleh Malaysia," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana