Padan Mukanya....Geng Anarki yang buat kacau di KL kena cekup sebab sijil cuti sakit

Ingat lagi demonstrasi pembangkang 1 Mei lalu yang dicemari aksi sekumpulan pemuda bertopeng dan berbaju hitam?
Mereka bergerak dalam kumpulan yang ramai, membaling batu pada cermin bank, membakar mercun dan bom asap selain menconteng premis awam dan persendirian.

Al kisah seorang kena cekup polis susulan penemuan sijil cuti sakit di dalam beg suspek yang tercicir.

Beg milik suspek ditemui di hadapan sebuah bank di Jalan Tun Perak Kuala Lumpur, pada hari kejadian sejurus kumpulan itu merosakkan premis perniagaan dan harta awam di sepanjang jalan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, siasatan polis terhadap sijil cuti sakit itu membolehkan suspek berusia 30 tahun itu ditahan di Shah Alam, Selangor pada 2 Mei lalu.

Katanya, soal siasat ke atas suspek itu mendedahkan identiti dua lelaki yang masih bebas sebagai dalang utama kekacauan pada hari kejadian.

“Dua dalang utama itu dipercayai mengarahkan semua ahli kumpulan itu berpakaian hitam, memakai topeng dan melakukan vandalisme sepanjang demonstrasi berlangsung.

“Dua dalang utama itu dikenali sebagai Mohd Afiq Ayob @ Markio dan Ocha. Kumpulan ini dikesan membaling mercun bola dan bom asap ke arah orang ramai dan anggota polis,” katanya.

Menurutnya, semua senjata berbahaya itu dipercayai dibekalkan dua dalang itu.

“Suspek mengarahkan ahli kumpulan itu membaling batu ke arah bank di Jalan Tun Perak ketika demonstrasi,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, Markio dipercayai berasal dari Sabah manakala pihaknya hanya dapat mengesan gambar Ocha tanpa identiti lain.

“Kami menemui satu topeng gas, lastik, lima mercun bola, satu botol penyembur cat, bom asap, dua bendera berwarna merah hitam, topeng muka Vendetta dan satu buku ideologi kumpulan itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua suspek itu diminta menghubungi 03-2697 1037 membantu mengesan suspek,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana