Najib : Perlis Terus Kekal Kubu Kuat BN...Insyallah BN Terbaik

KANGAR 30 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Perlis akan terus menjadi kubu kuat BN selepas menerima sokongan daripada ‘dua kepala’ di negeri utara tanah air itu.
 
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sokongan yang diterimanya daripada kepala politik, Datuk Seri Shahidan Kassim dan kepala kerajaan, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man amat penting kepada kekuatan BN negeri.
 
"Di Perlis ada dua kepala, satu kepala politik dan satu lagi kepala kerajaan. Jika dua-dua kepala ini sehaluan maka Perlis akan jadi kuat. Sebelum ini kepala politik Shahidan telah memberi sokongan tidak berbelah-bagi kepada saya dan sebentar tadi, kepala kerajaan kata biar kilat sabung-menyabung beliau akan beri sokongan.
 
"Ini menjadikan saya boleh tidur lena dan tidak keseorangan. Sokongan ini penting kerana kita perlukan kerajaan yang kuat," katanya kepada kira-kira 5,000 yang hadir pada majlis jamuan mesra rakyat Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.
 
Terdahulu, Azlan dalam ucapannya pada majlis itu telah menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada perdana menteri dan kerajaan.
 
Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis ialah ahli Parlimen Arau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Menurut Najib, parti memerlukan sokongan yang padu daripada semua pihak untuk memastikan ia disegani dan dihormati oleh semua pihak dan tidak dilihat
lemah.  

"(Jika parti lemah) Bukan sahaja orang tidak menghormati parti kita, tetapi juga akan menganggap parti kita akan hilang kuasa pada pilihan raya akan datang," katanya.  

Dalam konteks negeri Perlis dan berdasarkan kepada sejarah, Perdana Menteri berkata, Perlis telah membuktikan negeri itu tetap "bumi" BN.    

Beliau memberi jaminan akan bekerjasama dengan kepimpinan politik dan kerajaan negeri untuk memastikan hakikat Perlis kekal kubu kuat BN menjadi realiti.  

Selain soal politik, Najib berkata segala aspirasi rakyat akan dipenuhi oleh kerajaan pimpinan BN dalam memastikan pembangunan sama rata kepada semua  peringkat rakyat.

Najib berkata dari segi pembangunan, Perlis ialah negeri yang terbatas punca kewangannya dan memerlukan sokongan dan bantuan berterusan daripada kerajaan pusat untuk terus membangun.
   
"Saya amat prihatin dari segi projek-projek utama. Saya tahu Perlis terbatas dari segi punca kewangannya untuk projek-projek utama yang hendak dilaksanakan di Perlis".

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan pusat secara prinsipnya bersetuju meluluskan projek pembangunan Lembah Chuping dan hab lojistik Padang Besar di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.
   
Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan pembinaan Hospital Padang Besar.
   
"Komitmen saya adalah untuk melihat negeri Perlis terus maju," katanya.
   
Terdahulu, Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin-pemimpin BN negeri, selain menghadiri taklimat pembangunan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana