Muktamar PAS: DAP Diingat Jangan Sibuk 'Berkempen'...Itulah dikatakan Kurang Ajar

Tanyalah dan siasat Mat Sabu tu....atau tanya geng Pasma yang terhegeh hegeh dengan kepimpinan DAPIG tu...sehingga bawa Lim Kit Siang berceramah di kelantan tanpa rasa bersalah langsung.PAS harus sedar lah..

PETALING JAYA: DAP diingatkan supaya tidak masuk campur dalam urusan dalaman PAS khususnya menjelang pemilihan kepimpinan baharu parti itu Jun ini, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin.

"Kami menegaskan dan memperingatkan kepada DAP supaya tidak mengamalkan dasar masuk campur hal ehwal dalaman parti rakan kerana ia akan merosakkan hubungan kerjasama yang telah dibina selama ini.

"Sepertimana DAP marah sekiranya orang PAS berkempen di dalam pemilihan kepimpinan DAP, maka seperti itulah yang kami harapkan agar DAP usahlah sibuk tumpang berkempen untuk mengajar perwakilan PAS siapakah yang layak untuk memimpin PAS," katanya.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Khairil turut melahirkan kekesalan terhadap dua pemimpin utama DAP berikutan siri serangan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kenyataan yang berunsurkan provokasi dan fitnah secara berterusan kepada pemimpin tertinggi kami adalah perbuatan yang menghiris perasaan anak muda dan penyokong PAS di segenap lapisan.

"Suka saya mengingkatkan kepada DAP bahawa yang akan bermuktamar dan pemilihan kepimpinan pada awal Jun nanti adalah pimpinan dan perwakilan PAS.

"Perbuatan masuk campur urusan dalaman parti dan menjadi batu api ini adalah di luar kerangka Common Policy Framework Pakatan Rakyat seperti yang sering diulang sebut oleh DAP," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana