'Memang panas Yang Berhormat kalau kita beri maklumat benar'...

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bukanlah jenis yang kaki kontroversi.Namun pagi Selasa Timbalan Menteri Kerjaraya ini naik angin di sidang Dewan Rakyat menjawab dakwaan konon kerajaan pusat mengabaikan Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia ke 11.

Pembangkang memang panas bila diberi maklumat yang benar,itu antara kata-katanya ketika memberi butir-butir berapa banyak yang dibelanjakan oleh kerajaan pusat untuk bina infrastruktur dan jalan di negeri itu sekarang dan akan datang.

Beliau dengan nada tegas menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tanjong,Ng Wei Aik semasa sesi soal jawab.

Rosnah memberitahu untuk projek mengurang kesesakan lalulintas saja kini ada lima sedang dilaksanakan yakni empat di kawasan pulau dan satu di tanah besar.

Jumlah keseluruhan ialah hampir RM1 billion.

Waktu itu kedengaran Ahli Parlimen BN Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin memekik," dengar itu...."

Menurut Rosnah beliau juga terkejut mendengar Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang semalam mendakwa tiada ada langsung perancangan kerajaan pusat untuk negeri itu.

Beliau memberitahu jumlah lima projek hampir RM1 billion itu tidak termasuk 10 projek baru dalam Rancangan Malaysia ke 11.

Katanya peruntukkan dari Kementerian Kerjaraya sahaja untuk 10 projek berkenaan di negeri itu ialah RM2.3 billion.

Beliau bertanya dimanakah sikap anak tiri kerajaan pusat terhadap kerajaan Pulau Pinang.

"Ya,memang panas Yang Berhormat kalau kita benar maklumat benar...sebelah sana memang panas...saya kena kata sebab tidak mahu lagi Bagan ( Guan Eng) dan rakan-rakannya kata yang tidak benar untuk mengelirukan rakyat,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana