Laporan Polis Terhadap @rafiziramli Kerana Mengutip Wang Haram

 Rafizi Ramli sejak beberapa minggu dikesan telah mengutip wang daripada orang ramai melaui akaun National Oversight & Whistleblowers (NOW). Carian ke atas laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati, NOW bukanlah sebuah NGO sebaliknya adalah Syarikat Sendirian Berhad di bawah nombor pendaftaran 1009154-U dan di bawah nama Oversight And Whistleblowers Sdn Bhd. Rafizi Ramli mempunyai saham sebanyak 50% di dalam syarikat berkenaan.

NOW bukanlah koperasi berdaftar dan ianya pasti tidak mempunyai lesen sah untuk mengutip derma daripada orang ramai untuk apa-apa jenis dana. Di bawah peraturan Bank Negara Malaysia, transaksi mengutip derma oleh NOW akan dianggap sebagai pengambilan deposit secara haram (illegal deposit taking). Pengambilan wang ini juga menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001).

Selain itu, syarikat itu telah ditubuhkan pada 9 Julai 2012 dan sudah hampir 3 tahun, syarikat itu tidak pernah memfailkan apa-apa akaun yang telah diaudit dengan SSM. Ini bersalahan dengan Akta Syarikat. Suruhanjaya Malaysia dan Bank Negara Malaysia boleh mendakwa Rafizi Ramli di mahkamah.

Satu laporan polis telahpun dibuat terhadap Rafizi Ramli kerana menggubah wang haram yang salah di sisi undang-undang. Sama-sama kita saksikan bagaimana si pondan ni akan spin berita ini!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana