KM SARAWAK MEMANG TERBAIK.....HARGA TAMBANG RM1 PENGGUNAAN FERI LEGAKAN PENDUDUK

LONG LAMA – Penduduk Baram yang menggunakan feri Long Lama kini boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan hampir RM500 dengan kadar tambang baharu RM1.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata ini, adalah sesuatu sumbangan amat besar daripada kerajaan negeri terhadap penduduk yang menggunakan perkhidmatan feri tersebut.

“Ini merupakan penjimatan bulanan yang memberi impak besar terhadap penduduk dan rakyat,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Tambang perkhidmatan feri di Long Lama dan Sungai Arang, Marudi diturunkan kepada RM1 bermula semalam.

Menurutnya, walaupun kemungkinan ada sesetengah pihak bakal memandang remeh tentang penurunan kadar tambang itu namun hakikatnya banyak membantu.

Secara peribadi, beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama sangat menghargai pembangunan dibawa kerajaan di pekan berkenaan yang sangat berbeza daripada zaman dahulu.

“Kerana jika dahulu, kita hanya dapat guna bot atau perahu sahaja menyeberangi sungai,” jelasnya.

Tambahan pula, Dennis turut menyatakan hasrat besar kerajaan negeri untuk membina jambatan di Long Lama yang dijangka dilaksanakan tidak lama lagi.

“Saya yakin tidak lama lagi jambatan bakal dibina oleh kerajaan negeri untuk kemudahan rakyat di sini,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta rakyat terus memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap pucuk pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ini kerana, beliau memahami keserasian kepimpinan Adenan dan kepimpinan pusat yang bergerak seiring.

“Sudah banyak yang beliau (Adenan) buat walaupun baharu sahaja 15 bulan mengambil alih jawatan sebagai Ketua Menteri. Lihat sahaja apa yang sudah beliau lakukan. Itu semua bukti nyata,” jelas Dennis.

Turut hadir Pegawai Tadbir Daerah Kecil Long Lama Louis Micheal Balau, Ketua Masyarakat Baram Temenggung Elizabeth Deng dan Penghulu Desmond Yap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana