Kisah kuman di seberang laut nampak...Itulah PR

Ahli-ahli Parlimen DAP yang didedahkan memiliki sejumlah saman trafik yang belum dibayar mendakwa mereka tidak mengetahui telah menerima saman daripada pihak penguat kuasa.
Isu saman ini timbul apabila Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng mengkritik Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana belum menjelaskan tiga saman tertunggak dan meminta polis ambil tindakan tegas.

Keadaan itu bagaimanapun mengundang 'serangan balas' Bendahari Pemuda MCA Lee Beng Seng yang mendedahkan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham sahaja mempunyai 76 saman yang belum dijelaskan.

Dua pemimpin PKR yang turut didedahkan mempunyai saman dan saman tertunggak yang belum dijelaskan adalah Naib Presiden, Tian Chua yang memiliki 53 saman manakala seorang lagi Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar memiliki 14 saman.

China Press menyiarkan komen dan alasan pemimpin DAP yang mempunyai saman itu.

Tan Kok Wai berkata, dia telah memeriksa melalui sistem dalam talian dan mendapati dakwaan MCA itu benar dan dia akan menyelesaikan saman itu.

Teresa Kok pula berkata dia tidak tahu mempunyai saman dan berterima kasih kerana memberi peringatan.

Nga Kor Ming memberi alasan berpindah rumah menyebabkan dia tidak menerima saman itu.

Ngeh Kam Hoo pula dilaporkan mengingatkan pihak terlibat tidak mengelirukan orang lain jika tidak tahu undang-undang.

Kui Lun pula mendakwa daripada lima saman yang didaftar di bawah namanya, dua daripadanya adalah untuk kesalahan yang sama sementara satu lagi bukan melibatkan kereta miliknya.

Tony pula berkata, walaupun memandu sendiri, tetapi beliau tidak pernah mendapati diri pernah disaman.

"Saya akan melakukan semakan dan jika betul-betul ada saman, saya akan menjelaskannya," katanya.

Ini kalau hendak simpulkan guna peribahasa Melayu... kisahnya 'kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana