Ini sebabnya Husam lama menghilang diri...

Sejak sebulan lalu khabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bahawa Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kena strok.
Ramai yang tak ambil kira sangat pada mulanya, sehinggalah makin hari makin tak nampak ADUN Salor itu di khalayak ramai.

Bagaimanapun pagi Jumaat, khabar angin itu disahkan selepas Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Baru, Datuk Abdul Wan Rahim Wan Abdullah mengesahkan kepada media beliau ada melawan Husam yang kini dirawat di klinik swasta di Kuala Lumpur

Menurut Wan Rahim Husam kini dalam proses pemulihan serta boleh berjalan dan bercakap.

“Doktor menegaskan dia perlu berehat dan tidur sebanyak yang mungkin,” kata Wan Rahim.

Bekas kakitangan Husam, Syed Azidi Aziz dalam status facebook mendoakan semoga Husam sembuh segera dari musibah kesihatan yang dialaminya sejak beberapa bulan lalu.

Husam dipercayai menderita sakit Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka akibat disfungsi saraf tengkorak yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka iaitu di sekitar mata dan mulut.

Ia menyebabkan lumpuh sebelah muka sehingga terasa berat di sekitar mata dan mulut.

Menurut wikipedia, Bell's Palsy adalah nama penyakit yang menyerang saraf wajah hingga menyebabkan kelumpuhan otot pada salah satu sisi wajah.

Berbeza dengan strok, kelumpuhan pada sisi wajah ditandai dengan kesulitan menggerakkan sebagian otot wajah, seperti mata tidak boleh tutup, tidak boleh meniup, dan sejenisnya.

18 Mei lalu Husam mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sekaligus menolak pencalonan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Husam berkata beliau merupakan generasi yang dilahirkan oleh Kepimpinan Ulamak pada hari pertamanya iaitu Muktamar 1982.

"Saya tetap percaya tonggak kepimpinan PAS adalah Kepimpinan Ulama'," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana