Guan Eng! Kamu ini Ketua Menteri yang memalukan!Bangangnya....

 APAKAH kita masih ingat ribuan pelarian Vietnam yang diletakkan di Pulau Bidong di Terengganu pada 1975 lalu? Mereka bukan beragama Islam, tetapi rakyat Terengganu dan Malaysia yang majoritinya menganut agama Islam tetap membantu mereka atas dasar kemanusiaan.

Kerajaan Persekutuan telah ‘meminjam’ Pulau Bidong daripada kerajaan negeri Terengganu dan menggazetkannya sebagai kem pelarian bagi menempatkan ‘orang hanyut’ Vietnam.

Pulau Bidong terletak di perairan Terengganu dan berkeluasan satu kilometer persegi mula menerima kehadiran pelarian Vietnam pada Mei 1975.

Sehingga Jun 1979, dilaporkan terdapat 40,000 pelarian tinggal bersesak-sesak di kawasan sempit seluas padang bola sepak.

Selepas itu, pelarian dihantar kembali ke Vietnam dan kem pelarian ditutup secara rasmi pada 30 Oktober 1991 dan Pulau Bidong diserahkan semula kepada kerajaan Terengganu dan ditutup kepada awam sehingga tahun 1999.

teks ismaweb lgeTiada bezanya ‘orang hanyut’ Vietnam itu dengan pelarian Muslim Rohingya yang diistilahkan sebagai ‘boat people’ dan kini ‘hanyut’ ke Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Lihatlah bagaimana orang Aceh walaupun mereka sendiri dalam kesulitan apalagi kesan tsunami 2004 masih dirasai hingga kini, warga wilayah autonomi di Indonesia itu masih mampu menerima kehadiran pelarian Rohingya atas nama kemanusiaan dan saudara seagama.

Perhatikan juga bagaimana, warga Thailand yang begitu bersimpati terhadap pelarian Rohingya, walaupun berbeza agama dan sedia menempatkan mereka di kem sementara atas tanah mereka. Semuanya dilakukan atas dasar kemanusiaan.

Lain kisahnya dengan seorang ketua menteri di sebuah pulau di Malaysia, menunjukkan sikap rasis sebenar apabila hanya mahukan balasan jika pertolongan diberikan.

Kenyataan Lim Guan Eng bahawa Pulau Pinang tidak mempunyai tanah negeri untuk didirikan penempatan sementara pelarian Muslim Rohingya, samalah juga dengan tidak membenarkan ‘boat people’ itu didaratkan di Pulau Pinang.

Siapa kata Pulau Pinang tidak mempunyai tanah untuk didirikan penempatan sementara. Pulau Jerejak kan ada? Atau Guan Eng mempunyai agenda lain untuk membangunkan bekas pusat tahanan itu?

Apakah Guan Eng tidak berasa malu sedang satu dunia simpati dan menghulurkan bantuan kepada pelarian Muslim Rohingya. Guan Eng bukan sahaja menyerahkan masalah itu kepada Kerajaan Persekutuan, sebaliknya ‘melarang’ pelarian berkenaan ditempatkan di negeri itu.

KATA PEDANG: Lebih baik Pulau Jerejak dijadikan pusat penempatan sementara pelarian Rohingya seperti Pulau Bidong, daripada Pulau Pinang menjadi bekas pusat tahanan itu sebagai ‘Hawaii’ atau Pulau Christmas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana