DAP canang perkara mustahil....DAPIG Sokong orang Yang MEnyokong Perjuangnya Saja

Kerajaan gabungan PAS dan BN seperti yang dicanang oleh DAP tidak akan berlaku sama sekali.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penggabungan itu mustahil dan tidak akan berlaku memandangkan kedua-dua parti telah menjadi seteru sejak lebih tiga dekad lalu.

“Soal penggabungan PAS dengan UMNO ini tidak timbul memandangkan kami sudah berlawan sejak lama.

“Kami sudah menafikan untuk bergabung dengan parti itu dan perkara ini dinafikan beberapa kali oleh Tuan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Tuan Ibrahim berkata, kerjasama PAS dan BN hanyalah dari segi menyelesaikan sesuatu masalah dalam sebuah negeri kerana perkara tersebut memang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Kelantan, misalnya, bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk membangunkan kembali negeri itu setelah dilanda banjir besar pada tahun lalu.

“Dalam isu air pula, kerajaan Selangor juga membuat perjanjian dengan kerajaan pusat untuk menghasilkan lebih banyak air bersih di negeri itu,” katanya.

Oleh itu, katanya, kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Kata Tuan Ibrahim, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak membantu memperkukuhkan PR tetapi sebaliknya untuk memecahbelahkan pakatan itu.

“Sepatutnya, Guan Eng perlu memikirkan bagaimanakah cara untuk memperkukuhkan parti di dalam PR,” katanya.

Tuan Ibrahim merupakan calon ulamak untuk mencabar Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

Mohamad Sabu sering dilihat dekat dengan pimpinan DAP terutamanya Lim Guan Eng.

Dalam Muktamar Jun ini, Mat Sabu akan ditentang Tuan Ibrahim dalam pertandingan satu lawan satu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana