Besar Kepala Nampak....Guan Eng : 'PAS Tak Ada Hak, Saya Akan Terus Bersuara'

KUALA LUMPUR 28 Mei - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pimpinan PAS tidak berhak menentukan apa yang perlu beliau lakukan kerana beliau bukan mewakili parti itu.

“Bukan PAS yang menentukan apa yang perlu saya lakukan (cakap). Hanya pimpinan DAP sahaja yang boleh tentukan saya.

“Kami hanya menyuarakan prinsip dan pendirian kami. Saya akan terus terus bersuara di mana dan bila-bila sahaja apabila diperlukan untuk kepentingan parti dan rakyat” kata beliau di lobi Parlimen hari ini.

Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz yang meminta beliau menghentikan polemik serangan terhadap PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar parti itu kekal berada di dalam pakatan pembangkang.

“Bagi saya, kalau semakin DAP serang ulama seperti presiden (Abdul Hadi), semakin orang (anggota parti) simpati kerana hendak mengundi bukan DAP, tetapi ahli PAS. Tak tahulah kalau DAP mahu Haji Abdul Hadi kekal (presiden) senang hendak keluar Pakatan Rakyat,” kata Nik Abduh semalam.

Guan Eng berkata beliau sepatutnya digalakkan terus mengkritik Hadi jika ia menguntungkan Presiden PAS dalam pemilihan parti itu minggu depan

“Sekiranya perbuatan kami boleh membawa faedah kepada Hadi, saya pasti Hadi harus menggalakkan kami untuk terus bersuara lantang lagi,” katanya

Sambil menegaskan beliau tidak berniat mencampuri urusan pemilihan PAS, Guan Eng berkata beliau sudah dapat meramalkan bahawa Hadi akan terus dipilih menerajui PAS.

“Kami rasa Hadi akan menang (dalam pemilihan PAS itu).

“Bila saya menyatakan pendirian parti (DAP), saya tidak bercakap hanya pendapat peribadi saya sahaja, saya mewakili pendapat keseluruhan parti.

“Hadi mewakili dirinya sahaja (apabila bercakap), (tetapi) saya tidak. Saya bercakap mewakili parti.

“Jadi, jika apa yang saya katakan memberi manfaat Hadi, maka saya yakin beliau akan menggalakkan saya untuk terus bercakap, betul tak” katanya sambil ketawa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana