Apa Hal Dengan Mat Sabu Ni....PAS jangan 'eksyen' ada banyak sokongan, kata Mat Sabu

SHAH ALAM: PAS diminta tidak 'eksyen' (berlagak) dengan sokongan yang diterima hari ini, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Ujarnya, PAS perlu mengakui sokongan yang ada adalah hasil daripada bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Pemimpin PAS sebelum ini berkali-kali dilaporkan menyatakan keyakinan mereka bahawa PAS mampu berdiri sendiri jika tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kemudiannya berkata, rakyat tidak kisah samada parti Islam itu kekal dalam Pakatan Rakyat atau tidak, tetapi fokus mereka kini untuk menumbangkan kerajaan pemerintah kini, Umno Brisan Nasional (BN).

"Rakyat akan pergi (tukar pemerintah) sama ada PAS ada atau tiada. Di sinilah kita beritahu PAS, jangan 'eksyen' (berlagak) sangat.

"Tanpa PAS, rakyat akan pergi juga untuk tukar pemerintahan," katanya ketika hadir sebagai tetamu dalam pembentangan tesis ijazah lanjutan oleh sarjana UM, Mohd Ikhwaniata Taib.

Ikhwaniata membentangkan tesis bertajuk "Perjuangan Mohamad Sabu dalam PAS 1978-2013" di Fakulti Seni dan Sains Sosial, UM.

Mohamad dalam ucapannya juga mengulangi kenyataan beliau kesal dengan sesetengah pihak yang dilihat seperti bersedia membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kekal berkuasa di Putrajaya atas nama 'pengislahan' (reformasi).

"Sebab itu kita tengok Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan gelisah.

"Tetapi dalam keadaan gelisah begitu ada yang pergi bubuh tongkat pula. Ini yang saya rasa pelik.

"Keluar kenyataan kita berpolitik bukan untuk ambil alih kerajaan, tetapi untuk buat pengislahan.

"(Katanya) kalau Najib sanggup buat pengislahan, kita tak payah tukar kerajaan. Bagi kita, tak wujud pengislahan tanpa tukar kerajaan," katanya.

Walaupun tidak menamakan sesiapa secara khusus, beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini.

Amar sebelum ini dilaporkan berkata, PAS sedia melupakan hasrat menawan Putrajaya asalkan impiannya melaksanakan hudud tercapai.

Sebelum kenyataan itu dikeluarkan, usul PAS meminda beberapa bahagian dalam rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan mendapat sokongan penuh semua wakil rakyat Umno Kelantan dan beberapa pemimpin Umno peringkat nasional.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana