Ahmad Awang macam biskut, sekejap ada, sekejap tiada - Khairuddin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu 'bimbang' dengan saingan yang diterima oleh Ahmad Awang memandangkan bekas Naib Presiden PAS itu pernah menyepikan diri buat seketika.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali menegaskan ahli-ahli parti semestinya mahukan seorang pemimpin yang sentiasa ada dan istiqamah dalam perjuangannya.

"Tentulah Hadi dari waktu muda hingga sekarang tidak pernah putus perjuangan dalam parti. Beliau naik dari bawah ke atas.

"Ahmad pula menghilangkan diri dalam tempoh yang panjang kemudian muncul kembali. Ahli-ahli akan melihat hal ini semua, yang penting kena istiqamah dalam perjuangan. Tidak bolehlah bila seseorang nak jadi pemimpin hilang dan datang macam biskut," katanya ketika diwawancara bersama Antarapos, baru-baru ini.

Khairuddin mengulas peluang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal jawatan berkenaan pada Muktamar PAS Kali ke-61 yang akan berlangsung pada Jun ini.

Ahmad, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu mengumumkan mencabar Hadi dengan mengemukakan modal kempen untuk merapatkan hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dilihak semakin goyah, sejak kebelakangan ini.

"Pada saya Hadi tetap menjadi pilihan. Namun atas dasar demokrasi kita tetap mengalu-alukan sesiapa sahaja yang hendak bertanding.

"Cuma janganlah ada puak-puak yang melaga-lagakan antara satu sama lain hingga merosakkan imej Hadi," pinta Khairuddin lagi.

Dalam pada itu, Khairuddin meminta ahli-ahli parti menggunakan pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih barisan kepimpinan yang baharu untuk menerajui parti supaya cabaran politik semasa di dalam dan di luar PAS dapat dihadapi dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana