U-TURN Balik Dah.....Boikot PKR: Akhirnya Yusni Mat Piah Mengalah

KEPALA BATAS: Konflik berpanjangan antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang berakhir apabila kini Dewan Pemuda PAS negeri membuat 'pusingan U' berhubung pendirian mereka untuk mempertahankan hudud.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, pihaknya akur dengan arahan PAS Pusat untuk membantu parti sekutunya itu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

"Kami sebulat suara akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Markas PAS Pulau Pinang di sini, Rabu.

Bagaimanapun dalam masa yang sama Mohd Yusni berkata, Pemuda PAS Pulau Pinang dengan pendirian untuk menuntut permohonan maaf daripada Angkatang Muda Keadilan (AMK) berhubung kenyataan menghina terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Februari lalu.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Ditanya mengapa tidak terus mempertahankan pendirian tegasnya sebelum ini, Mohd Yusni berkata keputusan terbaharu itu dibuat kerana tidak mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

"Kita membuat keputusan supaya kerusi ini harus dipertahankan dan kekal milik Pakatan Rakyat," katanya sambil menafikan wujudnya desakan daripada pihak tertentu dalam PAS yang tidak senang dengan pendirian keras Pemuda PAS Pulau Pinang.

Ketika terus diasak dengan soalan mengapa tidak mematuhi arahan awal PAS Pusat termasuk yang dibuat Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Mohd Yusni sambil tersenyum menjawab: “Pemuda ni kena nakal sikit."

Berhubung soalan sama ada PAS tunduk kepada DAP dan PKR walaupun dua sekutu mereka menolak hudud, Mohd Yusni bagaimanapun menolak pandangan berkenaan.

“Kita tak tunduk dan kita masih dengan pendirian sebelum ini namun pada masa sama kita tak mahu Permatang Pauh terlepas dari tangan pakatan walaupun yang bertanding rakan kita daripada PKR,” katanya.

Selain itu, Mohd Yusni mengakui pergolakan yang berlaku antara pihaknya dengan AMK Pulau Pinang menjadi senjata pihak musuh sepanjang kempen PRK Permatang Pauh.

“Sebelum ini kita rehatkan jentera sebab nak permohonan maaf daripada AMK. Tapi keadaan berubah oleh kerana mereka tidak bersedia.

“Kita tengok rentak kempen terutama Umno dan BN mainkan isu ini. Kita nampak kebimbangan kalau kerusi ini terlepas. Jadi kita kena pertahankan dan akur dengan arahan Pusat.

“Pemuda PAS walau nakal macam mana pun kita kena akur dengan Majlis Syura Ulama,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana