Tun Abdullah Ahmad Badawi Bersuara Lagi.....Tak bawa apa-apa kebaikan...

Sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi faham benar apa yang berlaku dalam parti sekarang selepas kritikan demi kritikan yang dilakukankan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran kerajaan.
Bagi Pak Lah semua itu tidak membawa apa-apa kebaikan kepada parti dan masyarakat.

Beliau mengulangnya beberapa kali bahawa apa yang jadi tidak membawa kebaikkan pada semua.

"Saya lihat apa yang berlaku, saya dengar apa yang mereka cakap tapi tidak ada kebaikan, buatlah kerja masing-masing...,"katanya.

Mengenai gesaan Dr Mahathir supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, kata Pak Lah "Terpulang lah apa yang dia (Dr Mahathir) hendak kata,".

Dalam masa yang sama, Pak Lah yang kini merupakan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata Najib akan memutuskan akan dilakukannya.

"Dia kena buat sesuatu sebab dia pemimpin parti dan negara," ujar Abdullah ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan Konservasi: Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan Selasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana