Tiada Faedah Mahathir Serang Najib - Pak Lah

KUALA LUMPUR 28 April - Perbalahan dua negarawan, antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada negara.

Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua pihak yang terlibat dalam konflik itu disaran menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

"Apa yang sedang berlaku sekarang ini tidak akan membawa kebaikan kepada kita.

"Dengan apa yang saya lihat, apa yang berlaku, saya dengar apa yang mereka cakap, tiada kebaikan kepada masing-masing, biarlah dia (Najib) tentukan (kerana) tidak beri faedah kepada parti dan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan Konservasi bertajuk Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas serangan berterusan oleh Dr Mahathir terhadap kepimpinan negara berikutan Najib masih memilih untuk bersikap berdiam diri daripada menjawab segala persoalan yang ditimbulkan sejak akhir ini.

Kritikan Dr Mahathir yang bermula dari blognya Chedet dan kini ke pentas dialog terbuka menunjukkan serangan tersebut tidak akan terhenti.

Mengulas lanjut, ketika ditanya kewajaran Najib menjawab segala persoalan yang ditimbulkan Dr Mahathir, beliau bagaimanapun berkata, Perdana Menteri mesti melakukan sesuatu tindakan.

"Najib akan putuskan, Najib tahu apa yang sepatutnya dia lakukan. Dia mesti buat sesuatu tentang perkara ini.

"Sebab dia itu perdana menteri, sesiapa yang menjadi perdana menteri ada tanggungjawab untuk memberitahu kepada orang ramai apa perkara penting kepada dia kerana dia pemimpin parti," ujarnya.

Beliau juga berkata, sudah sampai masanya Najib melakukan sesuatu dan tidak boleh lagi berdiam diri.

"Itu yang dia nak cakap, kena beritahu la. Takkan dia senyap, tak tahu langsung, saya rasa perkara itu normal untuk menyampaikan apa pandangan dia," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana