Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

Keputusan PAS untuk menyokong dan membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi parti berkenaan.
Oleh itu, apa juga arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak lain dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal dan wajib dipatuhi, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau yang popular dengan panggilan Mat Sabu menegaskan bahawa semua ahli PAS wajib menolak sebarang arahan atau pendirian yang bertentangan dengan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berkenaan.
“Sekiranya ada tindakan dari mana-mana ahli yang terbukti bertentangan dengan arahan ini, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas ahli tersebut berdasarkan peruntukan-peruntukan yang jelas termaktub dalam perlembagaan.

“Oleh itu, siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mat Sabu lagi yang juga Pengarah Induk Jentera Pilihan Raya PAS Pusat, parti berkenaan komited membantu kemenangan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha menyelamatkan rakyat daripada tindakan yang didakwa sebagai menindas oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Seluruh Jentera Pilihan raya PAS di semua peringkat mesti meneruskan gerak kerja kempen pilihan raya sehingga tahap maksima untuk memenangkan calon PR iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas Pemuda PAS Pulau Pinang semalam mengambil tindakan menutup bilik gerakan dan mengarahkan semua ahlinya berehat.
Tindakan itu diambil selepas desakan agar Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memohon maaf berhubung kenyataan yang didakwa menghina dan memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dihiraukan.

Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang untuk menyatakan permohonan maaf sehingga hari penamaan calon, 25 April juga telahpun tamat.
Pemuda PAS mengatakan mereka kecewa atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana