PI MAI PI MAI TANG TU....Wan Azizah dikitar semula bertanding di Permatang Pauh

Sebelum ini ramai yang cakap PKR ialah parti yang berkisar pada Anwar dan keluarganya sahaja....dan pengumuman calon untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh nampaknya ibarat kata sudah terang lagi bersuluh.

Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sendiri.

Beliau akan berentap dengan calon BN Suhaimi Sabudin untuk mempertahankan kerusi yang sebelum ini diwakili oleh suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengumuman nama beliau sebagai calon dibuat oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam satu majlis di Seberang Jaya Jumaat malam.

Sekalipun kemungkinan beliau dipilih sudah diduga namun ramai juga dikalangan penyokong Pakatan dikatakan merasa kecewa kerana mereka mengharapkan seorang muka baru ditampilkan sebagai calon.

Mereka tidak mahu isu kemungkaran kesalahan meliwat Anwar menyelubungi pilihanraya kecil itu.

Namun suara dan kehendak Anwar dari penjara Sungai Buloh nampaknya terus menguasai perjalanan PKR.

Dengan ini bermakna buat kali keempat Wan Azizah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Kali pertama ialah pada pilihanraya umum 1999 bila Anwar dipenjara kerana kes liwat pertama,kedua pada pilihanraya umum 2004 dan ketiga pilihanraya umum 2008.

Beliau melepaskan jawatan Ahli Parlimen kawasan itu tidak lama selepas pilihanraya umum 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding pilihanaraya kecil di situ.

Wan Azizah juga kini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang.

Beliau mengantikan Anwar yang tidak dapat bertanding di situ kerana didapati bersalah kes liwat oleh Mahkamah Rayuan.

Usaha Anwar untuk menjadikannya Menteri Besar Selangor menerusi ' Langkah Kajang' bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim gagal.

Sebaliknya Azmin yang akhirnya dilantik sebagai Menteri Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana