Penduduk Kajang Protes : 'Mana Wan Azizah Ketika Kami Susah?'Jawab Lah Jijah

Buka Lah Mata semua kepada penyokong PKR ....

KAJANG 30 April - Ketika Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sibuk berkempen untuk bertanding PRK Parlimen Permatang Pauh, puluhan penduduk Taman Delima di sini pula berkumpul mempersoalkan khidmat wakil rakyat mereka itu.
 
Sambil mempertikaikan keupayaan Presiden PKR itu melaksanakan amanah, Bahtiar Mohd Annuar, 44, yang mengetuai piket tersebut berkata 'kehilangan' Dr Wan Azizah ketika mereka dilanda musibah merupakan perkara yang amat menyedihkan dan sukar untuk dimaaf.
 
"Selasa lepas berlaku ribut, 60 rumah penduduk rosak dengan atap diterbangkan angin dan semalam Kampung Sungai Kantan pula dilanda banjir, tetapi Wan Azizah langsung tidak muncul.

"Mana Wan Azizah ketika kami dalam kesusahan?
 
"Ketika penduduk sedang bersedih dengan apa yang berlaku, wakil rakyat yang diharap pula sibuk berceramah dan berkempen untuk dirinya di Permatang Pauh...ini yang kami kesalkan," katanya.
 
Bercakap bagi pihak 60 keluarga itu, Bahtiar berkata, beliau dan penduduk taman itu berharap Wan Azizah memikirkan kembali sumbangan yang diberikannya selepas memenangi kerusi itu pada Mac tahun lepas.  
 
Katanya, mereka juga mahu Dr Wan Azizah supaya tidak lagi menjadi 'orang yang menurut' perintah parti dan suami semata-mata sedangkan beliau turut mempunyai tanggungjawab besar menjaga kebajikan penduduk Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana