Panas Telinga Puak PR Ni.....Permatang Pauh perlukan wakil rakyat sepenuh masa

BUTTERWORTH: Penduduk Permatang Pauh memerlukan wakil rakyat sepenuh masa yang boleh menyelesaikan masalah rakyat, bukannya anggota Parlimen yang hanya sesekali berada di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Ahli Parlimen atau wakil rakyat yang hanya sesekali menjenguk kawasan tidak boleh membantu menyelesaikan masalah penduduk di sesebuah kawasan.

"Kalau saya jadi penduduk Permatang Pauh saya perlukan wakil saya berada di sini. Tanyalah sesiapa sahaja yang berada di Permatang Pauh... apakah mereka mahu wakil rakyat mereka yang menjaga di Kajang lepas itu sebulan sekali datang ke sini," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Sin Tze Tzin berkata soal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi khidmat sebagai wakil rakyat di dua kawasan berbeza bukan menjadi isu kepada parti itu.

Malah, katanya, Presiden PKR itu selaku calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di Selangor masih boleh memberi perkhidmatan baik kepada penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor.

Muhyiddin berkata lebih 71,000 pengundi di Permatang Pauh memerlukan wakil rakyat yang boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah rakyat di kawasan parlimen itu.

"Pastinya kerja-kerja yang nak dilaksanakan tidak berkesan. Kalau dia kata akan diuruskan menteri besar Selangor, kalau macam tu tak payah bertanding lah di sana (Kajang)... letak saja Azmin (Ali) jaga kawasan tu, jadi tak ada wakil rakyat," katanya.

Beliau berkata berdasarkan rekod Dr Wan Azizah di Kajang menunjukkan beliau tidak turun padang, sedangkan janjinya sebelum itu sewaktu 'Kajang Move' (Langkah Kajang) adalah untuk menangani masalah rakyat dan banjir di Kajang.

Keadaan itu, katanya, berbeza dengan calon BN, Suhaimi Sabudin yang pastinya akan berada sepanjang masa di kawasan Parlimen Permatang Pauh untuk menabur bakti kepada penduduk kawasan itu.

"Kalau Suhaimi di sini saya kata awak duduk di sini sepenuh masa, rumah pun dalam kawasan, apa isu masalah pembangunan, masalah banjir, kesihatan, tempat ibadah, isu-isu ekonomi dan peluang pekerjaan pasti boleh ditangani segera.

"Kawasan ini memerlukan wakil rakyat sepenuh masa yang boleh memberi tumpuan dan perhatian terhadap kawasan itu, jauh lebih baik daripada Wan Azizah yang tak ada masa langsung," kata Muhyiddin.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa kempen pilihan raya mereka banyak 'diganggu' Polis berikutan Pengarah Pilihan Raya PRK Permatang Pauh bagi BN adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Muhyiddin berkata polis hanya bertindak mengikut peraturan yang ada.

"Kalau tindakan itu mengikut peraturan, mereka (polis) tidak akan ambil tindakan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana